Thursday, September 21, 2006

Ciri-ciri Lelaki Idaman

I was tagged by Nisa to list down 10 Ciri-ciri Lelaki Idaman..aduhai.... So, here it goes..jeng jeng..

1)Beragama dan berakhlak mulia.
Semestinya mengambil berat hal agama Islam terutamya dalam menunaikan solat 5 waktu. Boleh menjadi imam (ketua) dalam keluarga. Perempuan kan ibarat kayu yang bengkok, memerlukan lelaki yang soleh untuk meluruskannya.

2)Bijak
Mempunyai pengetahuan yang luas, sama ada ilmu dunia dan akhirat. Boleh membimbing saya di dunia dan akhirat. Mempunyai wawasan untuk sentiasa memajukan diri.

3)Bertanggungjawab
Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi. Sedia menjalankan tugas sebagai ketua keluarga. Seseorang yang membuat saya rasa selamat apabila berada dengannya.

4)Memberi ketenangan
Pada saya, seseorang itu mestilh apabila "kita lhat wajahnya, hati kita menjadi tenang dan apabila kta dengar suaranya segala masalah kta boleh hilang"

5)Kelakar
Seseorang itu mestilah mempunyai sense of humour untuk menceriakan suasana. Dia boleh membuat saya senyum sepanjang hari tanpa rasa letih. Dalam masa yang sama, menggelakkan lawak-lawak yang saya cipta..hihi

6)Romantik dan realistik
Sangat peka terhadap diri saya dan penyayang. Dalam setap perbuatannya dapat dilihat dengan jelas yang dia amat menyayangi saya. Expressive.Dalam masa yang sama dia sangat realistik dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

7)Berkarisma
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bijak dalam membuat keputusan. Seseorang yang sangat rasional dan tegas dalam membuat keputusan. Maklum sajalah, saya ini degil orangnya..hihi

8)Penyabar
Sabar dalam melayan karenah saya, memandangkan saya hanya manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan.

9)Mempunyai keluarga atau keturunan yang baik.
Keluarga memainkan peranan yang penting. Kesungguhan seseorang itu boleh dilihat daripada hubungannya dengan keluarga. Family man..

10)Menerima saya seadanya
Above all, seseorang itu mestilah menerima saya dan keluarga saya seadanya. Mencinitai seseorang itu bukanlah kerana kesempurnaannya tetapi kerana menerima ketidaksempurnannya.


Kesimpulannya, tanpa saya sedari, saya ingin seseorang yang seperti "abi" saya. Bersyukur pasa Allah, I have found the one...